Monday, April 12, 2010

Day 3 - Low Rope






The Low Ropes Course is a series of problem solving experiences that physically engage teams to develop and execute a plan. The challenges are low to the ground but are more difficult than they might look. Itulah serba sedikit petikan daripada nota tentang aktiviti kami seterusnya petang itu selepas solat Jumaat dan makan.

Di kendalikan oleh En. Rafshan, low rope course adalah satu aktiviti berpasukan yang memerlukan komitmen setiap ahli dari segi idea, sokongan dan tenaga. Elemen pertama yang paling penting dalam low rope course ialah Spotting. Spotting ialah sokongan daripada anggota-anggota lain ketika salah seorang sedang melakukan aktiviti ini. Sokongan yang diberi adalah dalam bentuk safety net untuk memastikan jika peserta yang sedang beraktiviti itu terjatuh, dia tidak akan jatuh terus ke bawah sebaliknya disambut oleh safety net manusia ini.

Kami diperkenalkan dengan beberapa elemen dalam rope course ini iaitu Swinging Tyres, Monkey Cross, Multiple Vine, Burma Bridge, Spider’s Web dan lain-lain lagi. Untuk memulakan aktiviti kami diberi kebebasan untuk membuat beberapa elemen yang kami fikirkan sesuai berdasarkan kedudukan pokok yang ada di situ.

Setelah perbincangan dan consultation daripada trainer, kami memilih untuk melakukan 4 elemen iaitu Monkey Cross, Backward Tension Traverse, Hhigh Postman Wall dan Criss Cross. Teknik ikatan yang diajar dalam aktiviti sebelumnya digunakan sepenuhnya untuk membina elemen-elemen tersebut.

Setelah siap, setiap peserta dibahagikan kepada kumpulan seramai 3 orang. Semua peserta hendaklah melepasi semua halangan ini manakala anggota yang lain bertindak sebagai spotter.

Aktiviti ini amat menarik dan mencabar dalam membentuk kerjasama berpasukan, mempertajamkan pengetahuan dalam teknik ikatan, keseimbangan, keberanian dan ketajaman seseorang.

Thursday, April 8, 2010

Day 3 Morning

Energiser
Beberapa fizikal and fun game untuk menceriakan minda yang dah senget sikit sejak klua dari survival camp semalam. Baru la perut semakin lapar dan teruja untuk breakfast.. yahooo..!

Navigation
Selepas breakfast, next event navigation. Ini kira macam orienteering gak cuma bezanya dia x pakai bearing tapi control marker dan puncher ada. Game diadakan secara berpasangan. Aku pair dengan haizan. Mula-mula, kami diberi map dan seblom start merujuk kepada master map terlebih dulu untuk salin checkpoint2 dan description untuk setiap checkpoint yang ditetapkan. Ada 8 checkpoint semuanya.. Keletihan dan kelesuan benar-benar menguasai diri. Cuma mental spirit je yang tinggal untuk memastikan kaki terus melangkah. Checkpoint di cari berdasarkan map dan landmark yang ada dalam map itu termasuk la compass rakyat [tanya orang]. Kami berjaya menyiapkan 4 checkpoint sebelum cut off time sebab nak kena gi semayang Jumaat plak lepas tu.. Nak menambahkan lagi cabaran, cuaca time tu plak memang panas terik kaw..kaw. Sori xde gambar masa nih.. dengar citer file corrupted..

Monday, April 5, 2010

Day 2 - Survival Camp





Lepas blind trail, dengan lumpur penuh satu badan dan tidak dibenarkan cuci kami terus dibagi rehat. Ingatkan real lah.. rupanya dihantar ke survival camp dan rehatlah sepuas-puasnya kat situ.. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. 3 orang setiap group, peralatan yang dibekalkan adalah
-pfd
-mastin 2
-parang
-flysheet 1
-beras
-tepung
-gula sikit
-teh 2 uncang
-mancis 5 batang
-bawang kecik 2 ulas

Aku bersama Yunus dan Haizan. 1st sekali kami buat site clearance dan mendirikan khemah menggunakan flysheet. Nasib baik jumpa tali rapia. Kami buat bentuk C dimana flysheet tu ada lapik bawah, sedikit wall dan bumbung. Tapi kami ubah kepada pharachut style sebab position yang tak strategik agak jauh dari unggun api. Nyamuk banyak nanti.
Sementara terang, aku dan Yunus bertungkus lumus mencari kayu api dengan stok yang banyak supaya agak-agak cukup sampai besok pagi. Walau macamana pun api tak boleh padam. Alhamdulillah, api nyala on 1st attemp. Terus masak nasi lauk sardin dan telur rebus. Nasib baik Haizan ada bertindak sebagai chef kami.
Strategi kami ialah nak setelkan semmua benda sebelum gelap, so malam nanti lepak je lah mengadap unggun api sambil sentry.
Sepanjang malam Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sedikit gangguan biasa yang tidak kami pedulikan dan lawatan berulang kali oleh facilitator membuat kami sentiasa alert.
Aktiviti ini pada aku benar-benar menguji kekuatan mental bagaimana hendak menghadapi kesusahan dan serba kekurangan. Selalunya dalam extreme condition seperti ni lah kita mula tak boleh tolerate dengan kawan, cepat marah, kemurungan dan sebagainya. Pada saya kami berjaya melalui nya sebagai satu pasukan tanpa apa-apa masaalah. Diharapkan nilai yang diterapkan ini akan berkekalan dalam sanubari kita, bukan keseronokan semata-mata.
Kami dikeluarkan keesokannya dalam pukul 9. Alangkah leganya dapat kembali melihat dunia. paling tak sabar sekali ialah nak breakfast. Terbayang-bayang apalah yang En.John kita masak hari ni agaknya hihihi...!!

Day - 2 Blind Trail [BT]





Balik je ke campsite, dicadangkan tak perlu tukar baju terus aktivity blind trail pulak.. Aduhai dah la mata kena tutup, kena menyusup masuk dalam kolam pacat, lumpur dan pembetung yang sempit. Pergh.. rasa-rasanya kalau mata celik tak teredah aku kat tempat-tempat camtu. Anyway, itulah 'beauty of the game'. Baru kita tahu macamana rasanya bila salah satu pancaindera kita ditarik seketika. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dilahirkan ke dunia ini dengan sempurna dan cukup sifat. Bagaimanakah agaknya kehidupan insan-insan lain yang kurang bernasib baik atau buta contohnya. Maha Suci Allah, kurniakanlah mereka hati yang terang dalam menempuh kehidupan. Bagi aku, kotor dan lumpur itu bukanlah masaalah kerana seperti yang En.Hisyam remind, kita ni berasal daripada tanah dan kepada tanah jugaklah kesudahannya nanti. Yang lebih penting adalah penghayatan. Mengingatkan kita bagaimana kalau satu hari nanti kita ditarik keluar dari 'comfort zone' kita. Beginilah rasanya, sekurang-kurangnya pengalaman begini memberi kesedaran pada aku agar lebih sempoi sikit dalam menjalani kehidupan harian..

Day 2 - Kayak



After rotating shift on sentry last night, dapat le tido dalam 2 jam jek.. Pagi nih heavy breakfast, nasi lemak mr.John special. Sungguh la yummy2. Started the day with kayak. Cam biasa, we was introduced to the anatomy of kayak contohnya cockpit, keel, coaming, hatch dan lain-lain. Teknik pedaling dan juga 2 teknik rescue juga kami praktikan iaitu X rescue dan self rescue. Rescue ni kena buat dengan kadar yang segera dan percubaan yang minima kerana klu lambat, maka air pun masuk dalam kayak, maka kena tow la jawabnya.. Bagaimanapun, gambar yang dipaparkan adalah masa sesi kelas bukan masa final camp sebab mungkin file corrupted kot..

Iklan

Day 1 - Night Activities






Malam yang panjang..

Selepas dinner yang sentiasa tidak mengecewakan, dimulakan dengan

Knotting
Kami diperkenalkan dengan beberapa teknik asas ikatan. Mesti boleh buat sebab banyak applikasinya dalam outdoor activity dan yang paling best, ada praktikal test plak tu nnt.. antara teknik ikatan yang wajib tahu ialah reef knot, bow line, clove hitch, figure of eight [single anf double loop], butterfly knot, fisherman knot [and double loop].

Orienteering
Orienteering is a competetive form of land navigation. It is for all ages and degrees of fitness and skill. Its provides the suspense and excitement of a treassure hunt. Antara peralatan yang perlu ialah orienteering map, orienteering compass, control flag, punches, control card, control description, whistle dan pen. Kami diajar teknik membaca peta, bearing dan distant.

Night Walk
Berjalan di waktu malam di dalam hutan amat mengasyikkan dan suspen lebih-lebih lagi bila kena jalan sorang-sorang. Perasaan antara takut, berani dan tenang. Ada plak beberapa gangguan sepanjang perjalanan. Yang penting stick to the instruction dan password. Ia mengajar kita tentang betapa perlu mengikut arahan dengan jelas dalam apa jua keadaan di samping memberi keyakinan tambahan di dalam diri apabila berada dalam situasi seperti ini di masa-masa akan datang..

Day 1 - 1st Aid




1st Aid training. Mainly on 1st Aid for outdoor activity. Dah pernah attend few times sebelum ni tapi tapi tak pernah ingat mungkin sebab xde application kot. Antara yang di ajar adalah 1st Aid technique, d.r.a.b.c, r.i.c.e for soft tissues injuries, 1st aid essential equipment for outdoor activity dan beberapa teknik balutan menggunakan triangular bandage. Antaranya single arm sling, hand dressing dan head dressing.

pengetahuan asas mengenai 1st aid ini amat penting kerana ianya adalah penentu samaada nyawa boleh diselamatkan dan keederaan boleh diminimakan dalam situasi kemalangan. Ianya bukanlah rawatan sebenar tetapi adalah langkah awalan sebelum pesakit mendapat rawatan yang sebenarnya oleh pihak yang berkaitan iaitu doktor yang bertauliah.

Sunday, April 4, 2010

Day 1 - Management Game





It's pretty good to start the hard 3 days ahead with management game. Its fun, refreshing, the best way to know each others faster, test your creative thinking, alertness and the most important thing the indirect message delivered in each game..

Thursday, April 1, 2010

Day 1 Continue




Selesai camp craft, ada declaration of none approved personal items. Habis le shampu, perfume, ic, wallet, duit, handphone semua di'simpan'kan oleh facilitator. 1st briefing terus dijalankan oleh facilitator selepas itu.

to be continue - management game

Learning Camp E-PJJ Bukit Cherakah Day 1





17.03.2010 - 1st day untuk final camp setelah persiapan yang havoc. thanks pada semua AJK bertindak yang menjalankan tugas masing2 dengan cemerlang dan 'objective oriented'

Suasana happy dan huru-hara masa berkumpul pagi tu [klu dah dalam klas pun selalu huru-hara, inikan plak nak pegi outing! lagi la ribut]. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki di sini. 1st time dulu ntah berapa tahun dulu dengan kedua arwah orang tua aku. masa tu adik aku yang bongsu tu baby lagi..

Sampai di camp Chamar Rimba dalam pukul 11. Aktiviti pertama setelah semua facilitator memperkenalkan diri ialah camp craft. Teknik pembelajaran secara praktikal tentang pemilihan campsite, do's and don't dan layout yang sesuai untuk campsite. Cuma masa ni masing-masing [kecuali Hastha] terkial2 nak mengikat sebab belum mahir lagik. Struktur campsite yang kami dengan advise dari para facilitators adalah seperti berikut:
-Khemah Pusat
-Khemah Dapur
-Stor Peralatan [tersedia]
-Tandas [tersedia]
-Khemah tidur