Monday, April 5, 2010

Day - 2 Blind Trail [BT]





Balik je ke campsite, dicadangkan tak perlu tukar baju terus aktivity blind trail pulak.. Aduhai dah la mata kena tutup, kena menyusup masuk dalam kolam pacat, lumpur dan pembetung yang sempit. Pergh.. rasa-rasanya kalau mata celik tak teredah aku kat tempat-tempat camtu. Anyway, itulah 'beauty of the game'. Baru kita tahu macamana rasanya bila salah satu pancaindera kita ditarik seketika. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dilahirkan ke dunia ini dengan sempurna dan cukup sifat. Bagaimanakah agaknya kehidupan insan-insan lain yang kurang bernasib baik atau buta contohnya. Maha Suci Allah, kurniakanlah mereka hati yang terang dalam menempuh kehidupan. Bagi aku, kotor dan lumpur itu bukanlah masaalah kerana seperti yang En.Hisyam remind, kita ni berasal daripada tanah dan kepada tanah jugaklah kesudahannya nanti. Yang lebih penting adalah penghayatan. Mengingatkan kita bagaimana kalau satu hari nanti kita ditarik keluar dari 'comfort zone' kita. Beginilah rasanya, sekurang-kurangnya pengalaman begini memberi kesedaran pada aku agar lebih sempoi sikit dalam menjalani kehidupan harian..

No comments:

Post a Comment