Thursday, April 1, 2010

Learning Camp E-PJJ Bukit Cherakah Day 1





17.03.2010 - 1st day untuk final camp setelah persiapan yang havoc. thanks pada semua AJK bertindak yang menjalankan tugas masing2 dengan cemerlang dan 'objective oriented'

Suasana happy dan huru-hara masa berkumpul pagi tu [klu dah dalam klas pun selalu huru-hara, inikan plak nak pegi outing! lagi la ribut]. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki di sini. 1st time dulu ntah berapa tahun dulu dengan kedua arwah orang tua aku. masa tu adik aku yang bongsu tu baby lagi..

Sampai di camp Chamar Rimba dalam pukul 11. Aktiviti pertama setelah semua facilitator memperkenalkan diri ialah camp craft. Teknik pembelajaran secara praktikal tentang pemilihan campsite, do's and don't dan layout yang sesuai untuk campsite. Cuma masa ni masing-masing [kecuali Hastha] terkial2 nak mengikat sebab belum mahir lagik. Struktur campsite yang kami dengan advise dari para facilitators adalah seperti berikut:
-Khemah Pusat
-Khemah Dapur
-Stor Peralatan [tersedia]
-Tandas [tersedia]
-Khemah tidur

No comments:

Post a Comment