Monday, April 12, 2010

Day 3 - Low Rope






The Low Ropes Course is a series of problem solving experiences that physically engage teams to develop and execute a plan. The challenges are low to the ground but are more difficult than they might look. Itulah serba sedikit petikan daripada nota tentang aktiviti kami seterusnya petang itu selepas solat Jumaat dan makan.

Di kendalikan oleh En. Rafshan, low rope course adalah satu aktiviti berpasukan yang memerlukan komitmen setiap ahli dari segi idea, sokongan dan tenaga. Elemen pertama yang paling penting dalam low rope course ialah Spotting. Spotting ialah sokongan daripada anggota-anggota lain ketika salah seorang sedang melakukan aktiviti ini. Sokongan yang diberi adalah dalam bentuk safety net untuk memastikan jika peserta yang sedang beraktiviti itu terjatuh, dia tidak akan jatuh terus ke bawah sebaliknya disambut oleh safety net manusia ini.

Kami diperkenalkan dengan beberapa elemen dalam rope course ini iaitu Swinging Tyres, Monkey Cross, Multiple Vine, Burma Bridge, Spider’s Web dan lain-lain lagi. Untuk memulakan aktiviti kami diberi kebebasan untuk membuat beberapa elemen yang kami fikirkan sesuai berdasarkan kedudukan pokok yang ada di situ.

Setelah perbincangan dan consultation daripada trainer, kami memilih untuk melakukan 4 elemen iaitu Monkey Cross, Backward Tension Traverse, Hhigh Postman Wall dan Criss Cross. Teknik ikatan yang diajar dalam aktiviti sebelumnya digunakan sepenuhnya untuk membina elemen-elemen tersebut.

Setelah siap, setiap peserta dibahagikan kepada kumpulan seramai 3 orang. Semua peserta hendaklah melepasi semua halangan ini manakala anggota yang lain bertindak sebagai spotter.

Aktiviti ini amat menarik dan mencabar dalam membentuk kerjasama berpasukan, mempertajamkan pengetahuan dalam teknik ikatan, keseimbangan, keberanian dan ketajaman seseorang.

1 comment: