Monday, April 5, 2010

Day 2 - Survival Camp





Lepas blind trail, dengan lumpur penuh satu badan dan tidak dibenarkan cuci kami terus dibagi rehat. Ingatkan real lah.. rupanya dihantar ke survival camp dan rehatlah sepuas-puasnya kat situ.. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. 3 orang setiap group, peralatan yang dibekalkan adalah
-pfd
-mastin 2
-parang
-flysheet 1
-beras
-tepung
-gula sikit
-teh 2 uncang
-mancis 5 batang
-bawang kecik 2 ulas

Aku bersama Yunus dan Haizan. 1st sekali kami buat site clearance dan mendirikan khemah menggunakan flysheet. Nasib baik jumpa tali rapia. Kami buat bentuk C dimana flysheet tu ada lapik bawah, sedikit wall dan bumbung. Tapi kami ubah kepada pharachut style sebab position yang tak strategik agak jauh dari unggun api. Nyamuk banyak nanti.
Sementara terang, aku dan Yunus bertungkus lumus mencari kayu api dengan stok yang banyak supaya agak-agak cukup sampai besok pagi. Walau macamana pun api tak boleh padam. Alhamdulillah, api nyala on 1st attemp. Terus masak nasi lauk sardin dan telur rebus. Nasib baik Haizan ada bertindak sebagai chef kami.
Strategi kami ialah nak setelkan semmua benda sebelum gelap, so malam nanti lepak je lah mengadap unggun api sambil sentry.
Sepanjang malam Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sedikit gangguan biasa yang tidak kami pedulikan dan lawatan berulang kali oleh facilitator membuat kami sentiasa alert.
Aktiviti ini pada aku benar-benar menguji kekuatan mental bagaimana hendak menghadapi kesusahan dan serba kekurangan. Selalunya dalam extreme condition seperti ni lah kita mula tak boleh tolerate dengan kawan, cepat marah, kemurungan dan sebagainya. Pada saya kami berjaya melalui nya sebagai satu pasukan tanpa apa-apa masaalah. Diharapkan nilai yang diterapkan ini akan berkekalan dalam sanubari kita, bukan keseronokan semata-mata.
Kami dikeluarkan keesokannya dalam pukul 9. Alangkah leganya dapat kembali melihat dunia. paling tak sabar sekali ialah nak breakfast. Terbayang-bayang apalah yang En.John kita masak hari ni agaknya hihihi...!!

No comments:

Post a Comment